Kedai Rakyat adalah satu program bermuafakatan untuk memperolehi barangan runcit secara berencana. Inisiatif terbaharu oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah selepas kejayaan MangkukTingkat.com dan BondaMama.com . Melalui program ini Yayasan Pembangunan Nur Hikmah melaksanakan penjenamaan semula (rebranding) kedai-kedai runcit dengan memberikan wajah dan inspirasi baru.
Tanpa mengubah atau menganggu sistem pengurusan atau akaun sesebuah kedai runcit Yayasan Pembangunan Nur Hikmah meletakkan mereka dibawah satu jaringan yang dinamakan Kedai Rakyat. Kedai-kedai runcit ini kemudiannya diberikan wajah dan nama baru bagi mengujudkan satu imej yang menjadikan mereka berada dibawah satu rangkaian kedai runcit yang terbesar di Malaysia.
|
Beras (0) |
Pakej (6) |