Skip to content
You are here: Home Soalan Lazim
Soalan Lazim PDF Print E-mail
Q – Apakah yang dimaksudkan program Kedai Rakyat?
A – Kedai rakyat adalah satu program permuafakatan untuk memperolehi barangan runcit secara berencana. Inisiatif terbaru oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah selepas kejayaan MangkukTingkat.Com dan BondaMama.com. Melalui program ini  Yayasan Pembangunan Nur Hikmah melaksanakan penjenamaan semula(rebranding) kedai-kedai runcit dengan memberikan wajah dan inspirasi baru. Tanpa mengubah atau mengganggu system pengurusan atau akaun sesebuah kedai runcit Yayasan Pembangunan Nur Hikmah meletakkan mereka dibawah satu jaringan yang dinamakan Kedai Rakyat. Kedai-kedai runcit ini kemudian diberikan wajah dan nama baru bagi mewujudkan satu imej yang menjadikan mereka berada dibawah satu rangkaian kedai runcit yang terbesar di Malaysia.

Q – Apakah matlamat penubuhan Kedai Rakyat?
A –Matlamat penubuhan Kedai Rakyat adalah ingin menjadikan Jaringan Kedai Rakyat sebagai satu tempat dimana semua individu boleh berurus-niaga melaluinya tidak kira dari mana pelusuk dunia asalnya. Menjadikan Kedai Rakyat Online ini sebagai medan niaga dimana semua rakyat boleh mengiklankan serta menjual produk mereka tanpa mempedulikan jenis produk yang mereka ingin diniagakan. Memberikan perkhidmatan yang terbaik disamping menjaga kualiti produk yang diniagakan.

Q – Apakah konsep Kedai Rakyat?
A – Di dalam konsep Kedai rakyat, terdapat pemborong dan juga peruncit dimana masing-masing mempunyai peranan dalam menjalankan program Kedai Rakyat.Pemborong adalah dibawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dan peruncit adalah yang menjalankan pembelian secara online.Sumber adalah melalui Gudang pengimport dan pengilang bumiputera tempatan (YPN perlu mendapatkan sebut harga dan contact no). Sistem permuafakatan adalah diantara pemborong,peruncit dan pelanggan. Marilah bersama memperolehi manfaat disamping membuat kebajikan secara  berjemaah

Q – Apakah barangan yang ditawarkan di Kedai Rakyat?
A – Antara barangan yang ditawarkan di Kedai Rakyat adalah barang-barang asas seperti beras, tepung gandum, tepung beras, gula, garam, minyak masak, sos cili, sos tomato dan sabun pencuci/softlan.

Q – Bagaimanakah anda boleh mendapatkan barangan dari Kedai Rakyat?
A – Kedai rakyat hanya beroperasi secara online dan tempahan pesanan secara online sahaja.Tempahan perlu dibuat dalam 3 pilihan iaitu harian dimana order dan penghantaran setiap hari.seterusnya, mingguan dimana dalam seminggu perlu membuat penghantaran dan akhir sekali adalah bulanan.

http://www.kedairakyat.com/home/farah/promo2.gif
Q – Bagaimanakah cara untuk membuat pesanan?
A – Cara untuk membuat pesanan adalah melalui online. Seterusnya, pilih produk yang ingin ditempah kemudian tentukan jumlah barang yang ditempah akhirnya membuat pembayaran secara online.Barangan yang dipesan akan dihantar oleh runner kami.

Q – Berapa lamakah tempoh penghantaran dibuat?
A – Tempoh penghantaran adalah mengikut harian,mingguan dan bulanan melalui :

1.         Harian – Pelanggan menempah secara online dan penghantaran pada hari berikutnya.
2.         Mingguan -  hari dan masa penghantaran boleh dipilih oleh pelanggan.
3.         Bulanan – penghantaran perlu dibuat pada minggu pertama sahaja. Hari dan masa penghantaran boleh dipilih oleh pelanggan.
Sistem penghantaran adalah kepercayaan kepada kedai dan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Tempoh tempahan adalah mengikut masa dan proposed pukul 4.00 petang. Penghantaran pada hari yang sama. Proposed sehari adalah 1 tempahan untuk 1 pelanggan sahaja. Target mengikut order yang customer plan sahaja.

Q – Siapakah yang akan manghantar pesanan yang ditempah?
A – Bagi pesanan yang ditempah, petugas penghantaran bagi kedai tersebut yang akan membuat penghantaran kepada pelanggan.

Q - Apakah jaminan Kedai Rakyat sampai ke tempat yang telah ditetapkan?
A - Pelanggan hendaklah memberikan alamat yang tepat bagi memudahkan urusan penghantaran. Penerima akan diminta menandatangani nota penerimaan sebagai pengesahan barangan telah diterima. Para pelanggan juga diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas penghantaran dalam menentukan lokasi yang tepat untuk penghantaran.

Q - Jika saya tiada dilokasi semasa penghantaran dibuat apakah yang harus saya lakukan?
A - Sekiranya pelanggan belum sempat berada dilokasi penghantaran yang telah ditetapkan ianya hendaklah memaklumkan kepada petugas penghantaran tentang bagaimana barangan tersebut harus  "ditinggalkan"  ditempat yang selamat. Petugas akan menghubungi pelanggan sebanyak 3 kali sebelum meninggalkan barangan ditempat yang ditetapkan. Petugas penghantaran tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan atau kehilangan pesanan yang telah dihantar ditempat yang telah ditetapkan.

Q - Bolehkah saya memilih pembekal saya ?
A - Anda tidak dibenarkan memilih pembekal. Pihak pengurusan akan menentukan pembekal anda sesuai dengan jarak dan corak langganan anda.

Q - Bolehkah saya membuat pembatalan tempahan?
A - Anda tidak dibenarkan membuat pembatalan dalam tempoh langganan. Kami hanya membenarkan barang tersebut ditangguhkan untuk dibawa ke tempahan bulan hadapan. Penangguhan boleh dibuat dengan cara melayari laman web www.KedaiRakyat.com dan memilih menu PERUBAHAN TEMPAHAN. Maklumat mengenai penangguhan tersebut kemudiannya akan direkodkan oleh sistem kami dan kami hanya akan menghubungi anda sekiranya kami memerlukan maklumat lanjut mengenai penangguhan tersebut.

Q – Apakah yang akan berlaku sekiranya barangan yang saya terima itu rosak?
A – Sekiranya barangan yang anda terima itu rosak, pihak kami akan menukarkan barang yang baru untuk anda.
 
Last Updated on Monday, 25 January 2010 16:10
 
Banner
Troli Anda
0 Barangan

Jum. Order: RM 0.00

0 Product
RM 0.00




Daftar Di sini






banner_pakkadri